台鐵車站情報站
台灣鐵路發展超過百年,有完整的環島路線,每個車站都成為當地發展的重要指標,火車站周圍有什麼特別的,看看網紅們怎麼說

Search

la sana的相關標籤

相關貼文 相關照片 相關影片
"CIK PIA BOLEH BERDIKARI?" Video ni Bengah rakam sepanjang perjalanan hari ini pergi keluar bersama Cik Pia. Cik Bunge nak cari kain untuk buat baju raya tahun ni. tapi.. keadaan tidak mengizinkan. SEBAB! Cik Pia bad mood.. tantrum.. dia dalam situasi datang bulan. so.. dia jadi keras kepala sikit! Bengah pernah tinggalkan Cik Pia sorang dalam kereta.. dan dia tahu jaga keselamatan. tapi..... YAKIN KAH BENGAH DENGAN CIK PIA??? Tak.. Bengah yakin tapi kena pantau dan tengok apa kelakuan dia dari jarak jauh... gitu. Cik Pia dia insan istimewa.. ada rakan rakan followers mintak Bengah buat video panjang macam ni.. untuk tahu perkembangan harian Cik Pia. Apa dia buat? Apa aktiviti dia? dan.. Apa... apa aku nak tulis ni? hahaha. Jadi inilah video.. dari dulu sampai sekarang! SAMA JE! Bengah buat video macam ni.. just nak beri inspirasi dan kepada masyarakat diluar sana tahu apa keletah insan istimewa seperti Cik Pia ni buat. Tengok dan tonton video ni tanpa SKIP.. mana la tahu korang akan mula memahami insan istimewa ni. dari segi bahasa dan cara mereka berinteraksi.. seperti Bengah dan Cik Pia. Cik Bunge juga lama kelamaan dah faham dengan Cik Pia. KALAU sudi.. SHARE VIDEO NI TAU! Bengah tahu korang sayang Bengah kan? kan kan.. 😜 Begitulah kehidupan... #AbangYangPenyayang #KesayanganAlam #DahPutihPonPakaiBedak

"CIK PIA BOLEH BERDIKARI?" Video ni Bengah rakam ...

Keadaan tak mengizinkan nak keluar rumah dengan macam macam penyakit diluar sana. ini aktiviti Cik Pia lepas balik dari kenduri petang tadi.. dia sambung menulis coretan harian. macam Bengah jugak la 😁 . Tapi ada ke yang faham? Bengah buat buat faham je.. asalkan Cik Pia tak meragam. nampak macam kasar je cara dia bermain dengan anak anak buah.. . Sekali pandang comel je Cik Pia ni. tapi kalau tak dapat apa yang dia nak.. boleh jadi masalah dunia jugak! 😅 abang sentiasa cuba faham apa yang dia nak. asalkan dia bahagia didunia ini.. akhirat nanti? yang tahu je tahu. buat baik dibalas baik.. adik jangan lupa abang tau! *kesat peluh kat pipi* . Nak buat panjang lagi karangan korang bukan nak baca habis pon! Comel tau insan istimewa ni semua.. JANGAN geli dan jijik dengan mereka. Mereka tak garang pon. mereka lagi super duper penyayang 🥰 . #AbangYangPenyayang #KesayanganAlam

Keadaan tak mengizinkan nak keluar rumah dengan ma...

“AYAH TAK NAK PEGANG ANAK KAU...” Terkejut bila Ayah kata macam tu.. rupanya Ayah tak berapa sihat je tak cukup tidur 😅 tapi rasanya Ayah kecil hati dengan Bengah.. sebab tak bagi Ayah ke surau penyakit merbahaya masih lagi berada diluar sana. Bengah peluk Ayah.. cium Ayah dan minta maaf kat Ayah. Mungkin kata-kata anak ayah ni ada mengguris dihati tapi ini adalah kebaikkan untuk semua. Amad pon sedih bila Ayah kata TAK NAK PEGANG CUCU dari anak ayah ni sebenarnya merajuk.. merajuk nak kena pujuk 😂 Ayah memang suka bergurau kasar! Tak nak pegang cucu, risau cucu berjangkit tak sihat? Ayah.. Ayah 😅 Masa Cik Pia pegang baby Luth nampak muka Ayah nak sangat pegang baby Luth. Pegang la Ayah cucu soleh ni yang Amad doa setiap hari ni. Aura dari Ayah.. biar cucu Ayah ni berjangkit dengan ilmu seperti yang Ayah ada. Perangai je ikut perangai Amad 😜 Ayah tanya.. “RAYA NANTI KAU DATANG RUMAH TAK? KALAU TAK DATANG.. AYAH FAHAM. AYAH FAHAM..” mula dah drama Ayah ni 😂 usik mengusik je tahu! Pesan Ayah selalu Amad ingat.. Bengah akan ingat kata-kata dari Ayah.. Solat, doa, mengaji dan bersedekah. Jangan dengki adik beradik.. kentang jangan lupa! Lagi??? Sendiri mau ingat 🤪 begitulah kehidupan... #AbangYangPenyayang #KesayanganAlam

“AYAH TAK NAK PEGANG ANAK KAU...” Terkejut bila A...